Assalammualaikum....
Monink Uuollss...Permulaan hari yang agak membosankan...semangat pun kurang je nie...dah la ujan pagi td...kan syok kalu dapat sambung tido...=) Harini just nak share some info berkaitan Menderma Darah...Jom kite bace jap artikel kat bawah nie...
MENDERMA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
APAKAH USAHA DAN PERANAN ANDA ?
§ Menderma darah
Apakah yang anda perlu tahu ?
KEPENTINGAN MENDERMA DARAH
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :
- Mangsa kemalangan
- Pesakit yang menjalani pembedahan
- Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
- Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
- Ibu yang mengalami tumpahan darah
ANDA LAYAK MENDERMA SEKIRANYA
- Berumur 18 tahun ke atas
- Berat badan 45 kg dan ke atas
- Sihat tubuh badan
- Sihat pada hari menderma
- Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
- Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
- Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
- Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
- Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
- Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
- Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
- Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
- Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
- Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C
PENTING !!!
ANDA DILARANG MENDERMA DARAH SEKIRANYA :
Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :
- Menggunakan dadah secara suntikan
- Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
- Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
- Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
- Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :
- Menghidapi penyakit-penyakit seperti :
· Sifilis
· Malaria
· Sakit jantung
- Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
- Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
- Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
- Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja
KETAHUILAH JANGAN LETAKKAN DIRI ANDA DAN ORANG LAIN DI DALAM KEADAAN BAHAYA
Darah selamat bermula dari anda.
Jika anda layak menderma, datanglah dan bawalah bersama ahli keluarga/ kawan-kawan anda yang juga layak menderma darah.
Menderma darah adalah tanggungjawab bersama...!!!
PROSES MENDERMA DARAH
- Pergi ke Tabung Darah
- Isi borang
- Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
- Ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
- Pengambilan darah
- Rehat & jamuan ringan
APAKAH ALASAN ANDA TIDAK MENDERMA DARAH ?
1. Saya telah pun menderma darah sekali
- Terima kasih atas sumbagan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan
anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan
anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan
2. Darah saya bukan jenis yang betul
- Jumpa doktor kami untuk mendapatkan kepastian
3. Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ?
- Benar, kini lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun. Jadi setiap penderma dikira
mustahak
mustahak
4. Saya takut sakit apabila dicucuk jarum
- Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang kami menggunakan pelali, tidak sakit pun
5. Saya terlalu lemah
- Kita akan memeriksa berat badan, tahap hemoglobin dan tekanan darah sebelum
menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui
proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja
menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui
proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja
6. Saya terlalu sibuk
- Orang lain pun begitu. Sudah tentu anda boleh meluangkan setengah jam atau lebih
untuk menyelamatkan satu nyawa
untuk menyelamatkan satu nyawa
Darah anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda
KEISTIMEWAAN YANG DINIKMATI OLEH SI PENDERMA
Si penderma darah akan dapat menikmati rawatan percuma pesakit luar, rawatan perubatan dan caj wad di hospital tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila berhubung dengan pihak hospital untuk keterangan lanjut
OLEH ITU...
MENDERMALAH SEKARANG SEMASA ANDA SIHAT DAN BERKELAYAKAN
TINDAKAN ANDA BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA SESEORANG DAN NYAWA ANDA...!!!
(Mamat ni Pun baik hati G derma darah tau..hehehe)
(p.s : kalu korang berkelayakan tu, ape salahnye g menderma...at least dapat menyelamatkan nyawa seseorang...aku ni x ckup syarat lagi..berat baru 41.7kg je...ne pendam dulu hasrat menderma tu..huhu)
















